Kek Lapis Sarawak Jenama Zaharah

Posted in Makanan & Minuman by admin - Aug 17, 2010

Pernah pada satu masa pengusaha kek lapis di bawah jenama Zaharah ini menerima sebanyak 1 000 tempahan. Sebanyak 44 jenis kek lapis yang ditawarkan kepada para pelanggan serata negara. Harganya pula adalah sekitar RM40 – RM 50.

Kek lapis Sarawak secara umumnya boleh dibezakan / dikategorikan kepada jenis – jenis tertentu berdasarkan nama, bahan asas dan rupa (corak). Antara kek lapis Sarawak yang popular adalah seperti Kek Lapis Masam Manis dan Kek Lapis Sisik Ikan.

Musim perayaan dan sambutan hari kebesaran adalah dua tempoh masa ang biasanya akan mendatangkan sibuk kepada pengusaha ini. Zaharah Wasli, 67 tahun menjalankan perusahaan kek lapis bersama suaminya Mohd Salleh Yusop. Perusahaan ini mula menembusi pasaran makanan lokal semenjak 10 tahun yang lalu.

Jabatan Pertanian Sarawak harus juga diberikan kredit untuk kejayaan perusahaan pasangan suami isteri ini kerana melalui kursus dan khidmat nasihat daripada agensi inilah, lahirnya perusahaan kek lapis Zaharah.

Setakat ini, kek lapis Zaharah dipasarkan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei, Labuan dan Singapura. Kek lapis Zaharah juga turut mendapat permintaan dan dipromosikan oleh hotel terkemuka di Sarawak.

Produk kita kebanggaan kita! :)

Tags: COMMENTS

Kejayaan MARDI menang 13 anugerah

Posted in Artikel by admin - Jun 25, 2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN (Utusan)

“Daripada jumlah berkenaan, 10 teknologi dianugerahkan Produk Malaysia Paling Inovatif,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semasa sidang media kejayaan MARDI pada ITEX 2010 di Serdang, Selangor baru-baru ini.

(more…)

Tags: COMMENTS
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

KEMPEN Beli Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan pada 1984 seolah-olah mendapat ‘nafas’ baru apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat membeli produk tempatan kerana ia akan mengukuhkan lagi jenama Malaysia.

Selama 26 tahun kempen itu dilancarkan, ia sebelum ini seperti tidak mendapat sambutan lantaran sikap rakyat negara ini terutama golongan pertengahan dan atasan yang menyanjung tinggi jenama luar negara.

(more…)

Tags: COMMENTS

Pembudayaan Mat Salai

Posted in Francais, Makanan & Minuman by admin - Jun 19, 2010

Ideanya nampak seakan mudah, namun berjaya – burger (daging salai). Ramai yang sudah tahu, dan ramai juga yang masih tidak tahu. Jenama Mat Salai adalah perniagaan berasaskan kiosk yang ditubuhkan pada tahun 2007. Antara kekuatan jenama ini ialah terletak pada program pembangunannya – mentor mentee.

Antara hidangan popularnya adalah Mat Beef, Mat Chicken dan Mat Lamb.

*info lanjut akan menyusul

Tags: COMMENTS

Jenama Suezir Boxes!

Posted in Kraftangan, Pembuatan by admin - Jun 18, 2010

Pembungkusan adalah bidang yang memberi rupa kepada isi sesuatu bidang yang lain – F&B misalnya. Dan betapa pentingnya ilmu pembungkusan ini, ia mampu mempengaruhi kecendurangan dan minat masyarakat pengguna terhadap sesuatu barangan.

Suezir Boxes – Ini adalah satu lagi cerita perniagaan yang dibina atas dasar minat. Hasilnya menarik dan eksklusif, bergantung kepada cita rasa pelanggan, dan soal kualiti? – tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana rata-rata pembeli berpuas hati. Menariknya  tentang produk ini adalah ia dilihat memiliki keupayaan untuk menembusi pasaran yang lebih luas. Sehingga ke saat ini, banyak tempahan yang diterima bukan sahaja daripada individu, malah badan-badan korporat dan sebagainya.

*artkel lanjut akan meyusul

Tags: COMMENTS

Patriotis